Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menurut Chandan Tilak Bhunia (2009:5), multimedia merujuk kepada
penggunaan pelbagai media untuk menyampaikan mesej.
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) pula mentakrifkan multimedia dalam
bidang teknologi maklumat sebagai sebarang aplikasi atau persembahan
berasaskan komputer yang menyepadukan lima elemen iaitu
teks, grafik, video, audio dan animasi.
Oleh itu, blog Multimedialicious yang mengandungi pelbagai media ini telah dibina bagi menyempurnakan projek kursus HBT 321/4 Media dan Penterjemahan. Blog merupakan sebuah aplikasi masa kini yang dilihat sebagai satu medium menarik dan berkesan untuk perkongsian maklumat yang melibatkan multimedia. Selain itu, blog memiliki ciri interaktif yang membolehkan pengaliran maklumat dua hala secara berterusan antara komputer dengan pembaca blog atau antara beberapa orang pembaca blog melalui komputer. Segala kelebihan yang dimiliki oleh blog dilihat mampu untuk memenuhi tujuan kursus ini iaitu membina hubungan kerja yang baik antara industri media dengan bidang penterjemahan.
Bahasa yang digunakan dalam blog ini ialah bahasa Melayu secara keseluruhannya dan amat menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu mengikut tatabahasa yang betul. Bahan-bahan media yang disiarkan dalam blog ini pula merupakan terjemahan bahasa Melayu untuk pelbagai teks sumber bahasa Inggeris. Semua bahan tersebut diterjemah berpandukan pendekatan dan kaedah terjemahan oleh sarjana dalam bidang penterjemahan. Hal ini bagi memastikan terjemahan yang dihasilkan adalah tepat dan dapat difahami oleh pembaca.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment